Tuesday, October 25, 2011

BUKU BARU


Tahun 2011 baru buka balik blog ni.....ni pun sebab member aku yang jumpa blog ni....kalau tak...terkubur la jawabnya........dah lupa dah macam mana nk buat blog ni......insyaallah pelan2 cuba ingat balik.....Tahun ni dah tukar status..dah jd isteri orang....hmmm...tak lama lagi nk jd ibu lak.......

Tuesday, April 7, 2009


KUCH-KUCH HOTA HAI

GADIS NICHS

INI ADALAH GAMBAR AHLI KUMPULAN AKU "NICHS"

KETIKA DAN KALIMAT

Bernama Siti Syahida Elani bt Azizan bernombor matrik 137375, mengikuti kursus Bacelor Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu dan sedang berada di semester akhir. Pada semester akhir ini aku mengikuti kursus BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia. Kelas ini di kuliahkan oleh Dr Normaliza Abd Rahim. Kelas ini diadakan pada setiap hari Rabu jam 12.00 hingga 2.00 petang dan kelas amali pilihan pelajar sendiri. Kelas amali aku pada hari Khamis jam 5.00 hingga 7.00 petang.

Pada permulaan kelas ini kami dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan mesti mempunyai ahli sekurang-kurangnya lima hingga enam orang. Ini kerana kebanyakkan aktiviti dalam kelas dilakukan dalam kumpulan. Kumpulan aku mengandungi enam orang semuanya. Seorang lelaki dan lima orang perempuan, iaitu aku, Haslimatun (Atun), Siti Yusminah Seri (Seri), Sujilayati (Suji), Gawri dan Idham Shah. Gawri merupakan bangsa India manakala yang lain semuanya berbangsa Melayu. Seri dan Suji berasal dari seberang laut iaitu Sabah dan Sarawak manakala Atun berasal dari Perak, Gawri dari Kuala Lumpur, Idham dari Perak dan aku dari Kedah. Kami telah bersepakat menamakan kumpulan kami “Nichs”. Nama ini dicadangkan oleh Sujilayati.

Kelas ini amat unik sekali inilah kali pertama aku mengambil nota kuliah dengan menggunakan kamera kerana bak kata Dr. Normaliza “ini kelas multimedia gunakanlah multimedia”. Terdapat keburukkan dan kebaikan juga kepadaku Dr. Normaliza berbuat demikian, yang keburukannya apabila Dr. bertanyakan soalan aku tidak tahu nak menjawab kerana nota aku dalam handset kerana aku mengambil nota kuliah dengan menggunakan kamera handset. Jadi, yang menjawab soalan, kawan-kawan aku yang menyalin dengan tangan jela. Daya ingatan aku tidak berapa kuat, dengar dan lihat sekali aku tidak akan ingat, kena lihat dan baca banyak kali, insyaallah aku akan ingat. Kebaikkannya pula, ia memudahkan aku menyalin nota, tidak perlu bersusah payah menyalin nota sehingga membuatkan tulisan aku macam tulisan doktor. Selepas aku mengambil nota kuliah dengan kamera, nota itu aku akan keluarkan dalam bentuk power point yang aku buat sendiri. Hal ini bertujuan supaya aku mudah membacanya di kemudian hari.

Dr. Normaliza amat tegas orangnya dan amat mementingkan masa. Setiap kali tiba waktu kelas beliau, aku dan Atun akan memastikan bahawa kami akan tiba lebih awal dari beliau. Aku dan Haslimatun tinggal di Kolej Tun Perak dan kami pergi ke kelas dengan menaiki motosikal. Hal ini untuk memastikan bahawa kami tidak duduk di belakang dan dimarahi oleh beliau. Dr. Normaliza mempunyai tujuan tertentu berbuat demikian, pertama beliau tidak mahu pelajar yang suka duduk dibarisan paling belakang kerana pelajar ini tidak akan memberi sepenuh perhatian di dalam kelas dan akan berborak dan yang kedua, beliau berkata bahawa pelajar yang duduk di barisan hadapan menunjukkan minat untuk belajar dan ilmu yang dicurahkan oleh guru atau pensyarah selalunya orang yang dihadapan akan dapat dahulu dan lebih afdal. Beliau juga tidak suka pelajar yang masuk kelas lewat kerana beliau ingin melatih pelajar supaya tepati masa kerana kebanyakkan pelajar di kelas Bahasa dalam Multimedia ini merupakan pelajar tahun akhir dan tidak lama lagi akan bergraduat dan seterusnya akan memasuki alam pekerjaan. Beliau juga selalu menasihati supaya tepati masa bahawa masa belajar inilah untuk melatih diri sendiri berdisiplin dan kelak apabila sudah mempunyai pekerjaan sikap berdisiplin itu dapat diaplikasikan.

Dr. Normaliza juga seorang yang lembut hati, terdapat pelajar yang masuk kelas lambat, mulanya beliau akan marah, aku selalu terfikir kalau masuk kelas lambat mesti kena halau dari kelas dan malu pun dapat tetapi tanggapan aku itu salah, Dr. Normaliza akan benarkan pelajar itu masuk kelas juga tetapi dengan syarat ahli kumpulannya menerima pelajar tersebut. Hal ini kerana jika salah seorang dari ahli kumpulan tidak hadir, markah kumpulan itu akan ditolak.

Di kelas ini berbagai-bagai perasaan yang timbul, ada gembira, stress dan sebagainya. Perasaan gembiranya apabila aku dapat melakukan sesuatu yang disuruhnya dan stress apabila kerja atau tugasan yang diberikan kena siap tepat pada masanya. Tapi aku merasa gembirala di kelas ini kerana kerja yang dibuat itu semuanya dalam kumpulan. Boleh saling tolong-menolong dan memberi pandangan.

Mengikuti kursus BBM 3410 ini aku dapat mempelajari banyak benda yang aku tidak tahu tentang multimedia. Aku mempelajari tentang laman web yang sebelum ini aku hanya tahu benda itu wujud tetapi tidak tahu apakah itu. Terdapat pelbagai jenis laman web seperti portal, berita, informasi, perniagaan/pemasaran, pendidikan, hiburan, perundangan, blog, wiki dan persendirian. Aku pelajari apakah itu multimedia, teknologi maklumat atau ICT, realiti maya dan etika maya dan sebagainya. Aku juga memperolehi pengetahuan tentang perkembangan penciptaan teknologi telefon iaitu dari zaman Alexander Graham Bell hinggalah sekarang. Dr. Normaliza memaparkannya dalam bentuk grafik dan aku dapat melihat bentuk telefon yang dicipta pada masa itu. Pada subjek realiti maya dan etika maya aku dapat tahu bahawa sebarang email yang di padam, email itu tidak akan terhapus atau hilang sepenuhnya kerana email itu berada di alam maya. Contohnya, jika seseorang itu membuat fitnah atau menyebarkan maklumat palsu, penghantar email itu akan dapat dikesan. Email itu akan berada di alam maya sekurang-kurangnya selama sebulan. Bagi sesiapa yang ingin membuat fitnah atau gosip kepada seseorang melalui email berhati-hatilah bahawa jejak anda itu akan boleh dikesan.

Di samping itu juga, dalam aktiviti berkumpulan aku mempelajari tentang asas grafik iaitu asas yang penting perlu ada dalam sesuatu multimedia seperti kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Asas ini merupakan komponen yang sangat penting. Kami dikehendaki mencari gambar dalam majalah atau buku yang mempunyai ciri-ciri asas grafik dan melekatkannya pada board yang bersaiz A4. Setiap ahli kumpulan menunjukkan komitmen masing-masing. Ada yang mencari gambar, ada yang mencari huruf dan juga ada yang tolong memotong. Dengan mengaplikasikan, aku merasakan lebih faham daripada duduk dan mendengar sahaja dalam bilik kuliah. Sekarang ini apabila aku melihat majalah aku akan melihat asas grafik yang ada pada majalah tersebut.

Terdapat juga aktiviti seperti membuat e-majalah. Kami dikehendaki memilih satu tema dan melukis pada kertas lukisan bersaiz A3. Kumpulan aku memilih tema buah-buahan tempatan. Setiap orang dibahagikan tugas masing-masing. Di sini boleh dilihat orang yang mempunyai bakat melukis atau tidak. Ada yang malu hendak menunjukkan lukisan sendiri. Akhirnya e-majalah ini dapat disiapkan juga walaupun tidak tepat pada masa yang ditetapkan.

Kami juga dikehendaki membuat karangan dengan menyelitkan unsur multimedia. Tajuk diberikan oleh Dr. Normaliza sendiri. Beliau ingin melihat bagaimana kami menggunakan ayat sendiri dalam menghuraikan tajuk-tajuk kecil yang di pecahkan tanpa mendapat bantuan daripada internet. Kerja ini pun kami dapat siapkan juga dengan jayanya dengan bantuan daripada ahli kumpulan. Selain itu, kami juga diberi tugasan melakar lakaran papan iklan besar yang selalu kita lihat di lebuhraya. Dr. Normaliza mahu kami membuat iklan barangan yang orang tidak pernah buat iklan besar di lebuhraya. Papan iklan ini mesti memaparkan perubahan yang dialami dan tiap-tiap gambar mesti mempunyai makna. Kumpulan aku telah memilih ‘botol air”. Setiap orang menunjukkan komitmen masing-masing dalam melakar botol air daripada bentuk yang lama kepada bentuk yang lebih moden.

Dr. Normaliza juga seorang yang amat kreatif, beliau telah memberi tugasan kepada kami atau setiap kumpulan mengambil gambar berdasarkan kepada peribahasa, simpulan bahasa, ibarat, kiasan dan sebagainya. Gambar yang diambil itu kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk power point dalam kelas. Aku berasa sangat geli hati melihat kaletah kawan-kawanku yang berbagai-bagai aksi. Seri begitu bersemangat apabila ingin menangkap gambar. Semua itu mengeratkan lagi ikatan antara kami ahli kumpulan. Gambar-gambar yang ditangkap itu boleh diabadikan sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Aku lihat kumpulan-kumpulan lain pun begitu bersemangat beraksi untuk mendapatkan gambar yang terbaik sampaikan aku dengar ada yang mengupah cameraman yang pandai menangkap gambar.


Aktiviti terakhir yang dibuat dalam kumpulan iaitu bakti siswa ke rumah anak-anak yatim. Kami dikehendaki pergi ke rumah anak-anak yatim ini sebagai sukarelawan dan membantu anak–anak yatim ini sama ada dari segi keewangan ataupun mengadakan program untuk mereka. Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi seumur hidupku. Kenangan dan pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Dr. Normaliza kerana memberikan aku kenangan ini. Kami dikehendaki atau boleh bergabung dengan kumpulan lain sekurang-kurangnya satu kumpulan sahaja. Kumpulan aku bergabung dengan kumpulan Persona Maya. Kami telah memilih rumah anak yatim Titian Kasih kelolaan Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kasih, Kuala Lumpur. Pada hari kejadian iaitu pada 22 Febuari 2009 pukul 7.30 pagi seperti yang dirancang tiga buah kereta telah bertolak ke tempat yang ditujui. Setibanya kami di sana kami di sambut dengan baik oleh kanak-kanak dengan pihak pengurusnya. Aktiviti yang dirancang semuanya berjalan dengan baik. Aku lihat kanak-kanak disitu begitu gembira sekali dengan kedatangan kami walaupun pada awalnya mereka kelihatan takut dan malu. Terdetik di hati aku bagaimana keadaan aku jika aku seperti mereka. Sayu dan sedih menimpa perasaanku. Aku pun dah hampir 3 bulan tidak bersua muka dengan keluargaku. Tapi aku kuatkan semangat demi mereka ini, akan ku buat mereka gembira hari itu. Hati aku begitu tersentuh apabila melihat seorang bayi lelaki yang ditinggalkan oleh ibunya yang tidak tahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Bayi itu dinamakan Abu Bakar. Aku berdoa semoga apabila bayi itu besar nanti dia akan menjadi seperti dengan maksud namanya dan berjaya hidup didunia dan akhirat. Aku melihat kanak-kanak itu begitu gembira sekali apabila mendapat hadiah daripada kami. Petang itu hujan mengiringi kami pulang ke kampus, terdetik di hati ini perasaan sedih untuk meninggalkan kanak-kanak di rumah anak yatim Titian Kasih ini. Aku berasa sangat gembira walaupun letih menyelubungi diri.

Seterusnya di kelas tutorial iaitu pada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Kelas ini dijalankan di makmal siber 2 sanggar bahasa Fakulti Bahasa Melayu dan Komunikasi. Aku merupakan kumpulan kedua. Setiap pelajar dibagikan sebuah komputer (pc). Aku mendapat pengetahuan dan kemahiran yang baru apabila berada di kelas amali ini. Kelas amali ini dibimbing oleh Cik Alia. Cik Alia sangat sporting dan banyak membantu pelajar.

Pada awal pembelajaran, kami dikehendaki membuat power point bertemakan atau bertajuk kepada isu semasa yang berlaku di dunia sekarang. Aku telah memilih tajuk “Denggi” memandangkan demam denggi sekarang sedang berleluasa merebaknya. Cik Alia menerangkan apa yang patut dibuat dan sebagainya. Aku mendapat tahu bagaimana hendak memasukkan bunyi atau lagu ke dalam slide power point. Sebelum ini aku hanya buat power point hanya dengan memasukkan gambar sahaja. Hal ini membuatkan aku lebih tertarik untuk melakukannya. Kami diberikan masa dua minggu untuk menyiapkannya. Tiba hari untuk persembahan power point, power point aku tidak mengalami sebarang masalah. Aku bersyukur sangat kerana terdapat rakan-rakanku yang mengalami masalah dan tidak dapat mempersembahkan power pointnya.

Seterusnya kami dikehendaki menyiapkan calendar 2009. Aku rasa tugasan ini amat menarik. Melakukannya hendaklah menggunakan adobe photoshop. Adobe Photoshop sebelum ini aku tidak tahu menggunakannya pun. Telah aku cuba banyak kali tetapi aku rasakan tidak menarik. Tetapi apabila ditunjuk ajar oleh Cik Alia bagaimana hendak menggunakannya aku merasa semakin minat. Banyak masa aku dihabiskan untuk menyiapkan calendar ini. Aku harap dengan usaha dan upaya aku ini aku dapat menghasilkan yang terbaik bagi diriku.

Selain itu, di kelas amali ini kami diberi tugasan merekabentuk “Website” berdasarkan papan cerita. Papan cerita ini mestilah berdasarkan tentang diri sendiri seperti asal usul, pendidikan, kegemaran, impian dan lain-lain lagi. Banyak masa aku juga dihabiskan untuk melakukan website ini. Kertas kerja aku terpaksa diabaikan sementara. Aku begitu bersemangat melakukannya tetapi aku merasa tertekan apabila timbul masalah dalam meletakkan latar belakang website tersebut. Apabila aku buka website lain gambar latar belakang tetap tidak berubah. Akhirnya aku pasrah, aku biarkan sahaja. Mungkin disebabkan virus yang menyerang laptop aku. Tetapi aku telah cuba sekali lagi akhirnya berjaya juga. Fikiran aku juga dah kembali tenang=). Ini adalah amali yang terakhir iaitu penghasilan “blog”. Blog ini mengenai tokoh iaitu bidang kemahirannya serta mestilah bergambar dengannya. Itu adalah syarat-syarat dalam membuat blog ini. Aku telah memilih Dr. Vijayaletchumy sebagai tokoh aku. Aku merasa amat tertekan dalam membuat blog ini kerana ini adalah kali pertama aku membuatnya. Aku berasa amat susah sangat pada awalnya tapi lama-kelamaa aku dapat juga melakukannya. Dapat di simpulkan bahawa dalam melakukan semua kerja amali ini memerlukan penelitian, ketekunan, kesabaran dan kemahiran yang mencukupi. Kalau tidak mempunyai ciri-ciri ini aku pun tidak tahu apa yang akan terjadi.

Secara kesimpulan, umumnya mengikuti kelas BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia aku memperoleh banyak maklumat dan pengetahuan yang baru di samping kenangan yang terindah tidak dapat dilupakan. Semoga ilmu dan kenangan ini akan terpahat di hati aku untuk selamanya. Terima kasih kepada Dr. Normaliza. Semoga beliau akan dilimpahi rahmat oleh-Nya dan terus berjaya.

MUTIARA KATA/HADIS&FALSAFAH




Bimbing Wanita Dengan Baik
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat unik. Kelihatan lemah kerana fizikalnya tetapi kelemahan itu menjadikan mereka istimewa. Di sebalik lemah fizikal itu, ramai yang punya semangat juang yang tinggi. Malah mereka juga selalunya jadi ‘orang di sebalik tabir’ kejayaan para suami.
Hayatilah pesan Rasulullah ini kerana inilah amanah yang dibebankan kepada kaum lelaki untuk membimbing wanita. Ini bukan bermakna wanita boleh diperlakukan sesuka hati oleh lelaki tetapi ini juga menunjukkan bahawa wanita dan laki saling bantu-membantu untuk memacu kejayaan.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.” (Riwayat Muslim)


Doa keikhlasan
“Ya Allah! Ssungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau pada hal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu hal) yang tidak aku ketahui.

Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

3 PERKARA Penyelamat & Pembinasa
Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.
Rasulullah bersabda bermaksud yang berikut:
“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri” (Hadis riwayat Abu Sheikh)

“Yang bernama pendekar bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. Tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah” (Sahih Muslim)


Hidup Berpendirian & Berprinsip
Hidup mesti berpendirian kerana itulah yang mencerminkan jati
diri kita sebagai seorang muslim. Pendirian dan prinsip yang betul
pula akan menjadi pedoman agar kehidupan tidak tersasar atau
tenggelam timbul dalam arus yang tidak menentu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian
dan berkata, saya dengan orang, jika mereka berbuat baik,
nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat,
nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang
berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat,
elakkanlah kejahatan mereka”.
(Riwayat at-Tarmizi)

Mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain, bermakna diri
menempah banyak ksusahan. Malah kadangkala lebih buruk
lagi apabila diri bakal dipandang serong, kerana demikianlah
tabiat masyarakat yang mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mengambil kira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Waspadalah dengan rakan yang buruk akhlaknya. Jangan mudah terpengaruh dengan orang keliling yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Yang lemah pendiriannya pasti mudah terpesong dan terpengaruh. Justeru berhati-hatilah.

“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

‘LURUSKAN HATI’ BINA KEPERIBADIAN

Hati adalah sumber pemikiran untuk menilai baik dan buruk, tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kakufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegoncangan. Atau dengan kata lain, hatilah yang jadi penentu keperibadian kita.
Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkan. Sebaliknya hati menjadi sumber bencana jika kita menodainya. Aktiviti badan sangat bergantung kepada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah Radiallaahu Anhu berkata, “Hati adalah raja’ sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu bagus, maka akan bagus pula tenternya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya,

UNTUK BAHAGIA ATAU CELAKA?

Daripada Abu Malik al-Asy’ari katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakannya” (Riwayat Muslim)

Thursday, April 2, 2009

GAMBAR KENANGAN


SUJILAYATI DENGAN DR. VIJAYALETCHUMI


GAMBAR KENANGAN BERSAMA DENGAN TOKOH YANG DISEGANI

BIDANG PENYELIAAN

Dr. Vijaya juga turut menyelia pelajar-pelajar yang membuat projek ilmiah, sarjana dan juga ph.d. berikut adalah senarai nama pelajar yang bernaung di bawah penyeliaannya.

Tesis/ Projek Ilmiah
-Badariyah bt. Abdul Sayuti 117549 “Analisis Majalah Mingguan Wanita: Satu Kajian Dalam Bentuk Frasa”. 06-Sem 2/05-06
-Lai Shiau Nee 115252 “Percampuran Kod Dalam Sistem Pesanan Ringkas (Sms) Menerusi Talifon Bimbit”. 06-Sem 2/05-06
-Noraniza bt. Ikhwan 117545 “Penguasaan Perkataan Kanak-kanak Prasekolah: Satu Kajian Kata Nama Daripada Aspek Leksis Di Klang”. 06-Sem 2/05-06
-Anitra a/p Soosai 80789 “Gangguan Bahasa Pertama Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Pelajar-pelajar Keturunan India”. 07-Sem 2/05-06

Tesis Sarjana
- Nasriah bt. Hafiz Amanullah GS 15454
Tajuk Tesis: Kesan Morfologi Dalam Penulisan Surat Kiriman Rasmi Agensi Kerajaan.
Status Penyeliaan: Pemeriksa Dalam
- Norizan bt. Che Su GS 10442
Tajuk Tesis: Kata Sapaan Bahasa Melayu Siam: Satu Kajian Sosiolinguistik
Status Penyeliaan: Pemeriksa Dalam
Kertas Ilmiah Sarjana
- Patarai b. Cholen GS 15080
Tajuk: Faktor Interlingual dan Intralingual dalam Bahasa Melayu Murid-murid Kadazan Dusun Sekolah Kebangsaan Minawo, Sabah
Status Penyeliaan: Pemeriksa
- Norhasmalinda bt. Mustafa GS 14356
Tajuk: Penggunaan Bahasa Verbal dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah
Status Penyeliaan: Penyelia
- Abd Ghani b. Mohd GS 15249
Tajuk: Analisis Kesilapan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar Tingkatan Satu.
Status Penyeliaan: Pemeriksa

Ph.D
- Alimah bt. Lob GS 15860
Tajuk Tesis: Sintaksis Bahasa Kanak-kanak Singapura
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan
- Arpah bt. Abdul Rasyid GS 15860
Tajuk Tesis: Analisis Penguasaan Morfologi Dalam Kalangan Pelajar Singapura dan Malaysia
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan
- Muhammad Saiful Haq b. Hussin
Tajuk Tesis: Amalan Psikolinguistik Dalam Memahami Bahan Bacaan Asas Bahasa Melayu Di Kalangan Murid-murid Tahun Satu
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan
- Mohd. Hasbi b. Haron
Tajuk Tesis: Terapi Bahasa Pertama Di Kalangan Pelajar Kritikal
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan