Tuesday, April 7, 2009
MUTIARA KATA/HADIS&FALSAFAH
Bimbing Wanita Dengan Baik
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat unik. Kelihatan lemah kerana fizikalnya tetapi kelemahan itu menjadikan mereka istimewa. Di sebalik lemah fizikal itu, ramai yang punya semangat juang yang tinggi. Malah mereka juga selalunya jadi ‘orang di sebalik tabir’ kejayaan para suami.
Hayatilah pesan Rasulullah ini kerana inilah amanah yang dibebankan kepada kaum lelaki untuk membimbing wanita. Ini bukan bermakna wanita boleh diperlakukan sesuka hati oleh lelaki tetapi ini juga menunjukkan bahawa wanita dan laki saling bantu-membantu untuk memacu kejayaan.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.” (Riwayat Muslim)
Doa keikhlasan
“Ya Allah! Ssungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau pada hal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu hal) yang tidak aku ketahui.
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim
3 PERKARA Penyelamat & Pembinasa
Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.
Rasulullah bersabda bermaksud yang berikut:
“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri” (Hadis riwayat Abu Sheikh)
“Yang bernama pendekar bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. Tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah” (Sahih Muslim)
Hidup Berpendirian & Berprinsip
Hidup mesti berpendirian kerana itulah yang mencerminkan jati
diri kita sebagai seorang muslim. Pendirian dan prinsip yang betul
pula akan menjadi pedoman agar kehidupan tidak tersasar atau
tenggelam timbul dalam arus yang tidak menentu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian
dan berkata, saya dengan orang, jika mereka berbuat baik,
nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat,
nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang
berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat,
elakkanlah kejahatan mereka”.
(Riwayat at-Tarmizi)
Mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain, bermakna diri
menempah banyak ksusahan. Malah kadangkala lebih buruk
lagi apabila diri bakal dipandang serong, kerana demikianlah
tabiat masyarakat yang mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mengambil kira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.
Waspadalah dengan rakan yang buruk akhlaknya. Jangan mudah terpengaruh dengan orang keliling yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Yang lemah pendiriannya pasti mudah terpesong dan terpengaruh. Justeru berhati-hatilah.
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
‘LURUSKAN HATI’ BINA KEPERIBADIAN
Hati adalah sumber pemikiran untuk menilai baik dan buruk, tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kakufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegoncangan. Atau dengan kata lain, hatilah yang jadi penentu keperibadian kita.
Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkan. Sebaliknya hati menjadi sumber bencana jika kita menodainya. Aktiviti badan sangat bergantung kepada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah Radiallaahu Anhu berkata, “Hati adalah raja’ sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu bagus, maka akan bagus pula tenternya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya,
UNTUK BAHAGIA ATAU CELAKA?
Daripada Abu Malik al-Asy’ari katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakannya” (Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment