Tuesday, April 7, 2009


KUCH-KUCH HOTA HAI

GADIS NICHS

INI ADALAH GAMBAR AHLI KUMPULAN AKU "NICHS"

KETIKA DAN KALIMAT

Bernama Siti Syahida Elani bt Azizan bernombor matrik 137375, mengikuti kursus Bacelor Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu dan sedang berada di semester akhir. Pada semester akhir ini aku mengikuti kursus BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia. Kelas ini di kuliahkan oleh Dr Normaliza Abd Rahim. Kelas ini diadakan pada setiap hari Rabu jam 12.00 hingga 2.00 petang dan kelas amali pilihan pelajar sendiri. Kelas amali aku pada hari Khamis jam 5.00 hingga 7.00 petang.

Pada permulaan kelas ini kami dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan mesti mempunyai ahli sekurang-kurangnya lima hingga enam orang. Ini kerana kebanyakkan aktiviti dalam kelas dilakukan dalam kumpulan. Kumpulan aku mengandungi enam orang semuanya. Seorang lelaki dan lima orang perempuan, iaitu aku, Haslimatun (Atun), Siti Yusminah Seri (Seri), Sujilayati (Suji), Gawri dan Idham Shah. Gawri merupakan bangsa India manakala yang lain semuanya berbangsa Melayu. Seri dan Suji berasal dari seberang laut iaitu Sabah dan Sarawak manakala Atun berasal dari Perak, Gawri dari Kuala Lumpur, Idham dari Perak dan aku dari Kedah. Kami telah bersepakat menamakan kumpulan kami “Nichs”. Nama ini dicadangkan oleh Sujilayati.

Kelas ini amat unik sekali inilah kali pertama aku mengambil nota kuliah dengan menggunakan kamera kerana bak kata Dr. Normaliza “ini kelas multimedia gunakanlah multimedia”. Terdapat keburukkan dan kebaikan juga kepadaku Dr. Normaliza berbuat demikian, yang keburukannya apabila Dr. bertanyakan soalan aku tidak tahu nak menjawab kerana nota aku dalam handset kerana aku mengambil nota kuliah dengan menggunakan kamera handset. Jadi, yang menjawab soalan, kawan-kawan aku yang menyalin dengan tangan jela. Daya ingatan aku tidak berapa kuat, dengar dan lihat sekali aku tidak akan ingat, kena lihat dan baca banyak kali, insyaallah aku akan ingat. Kebaikkannya pula, ia memudahkan aku menyalin nota, tidak perlu bersusah payah menyalin nota sehingga membuatkan tulisan aku macam tulisan doktor. Selepas aku mengambil nota kuliah dengan kamera, nota itu aku akan keluarkan dalam bentuk power point yang aku buat sendiri. Hal ini bertujuan supaya aku mudah membacanya di kemudian hari.

Dr. Normaliza amat tegas orangnya dan amat mementingkan masa. Setiap kali tiba waktu kelas beliau, aku dan Atun akan memastikan bahawa kami akan tiba lebih awal dari beliau. Aku dan Haslimatun tinggal di Kolej Tun Perak dan kami pergi ke kelas dengan menaiki motosikal. Hal ini untuk memastikan bahawa kami tidak duduk di belakang dan dimarahi oleh beliau. Dr. Normaliza mempunyai tujuan tertentu berbuat demikian, pertama beliau tidak mahu pelajar yang suka duduk dibarisan paling belakang kerana pelajar ini tidak akan memberi sepenuh perhatian di dalam kelas dan akan berborak dan yang kedua, beliau berkata bahawa pelajar yang duduk di barisan hadapan menunjukkan minat untuk belajar dan ilmu yang dicurahkan oleh guru atau pensyarah selalunya orang yang dihadapan akan dapat dahulu dan lebih afdal. Beliau juga tidak suka pelajar yang masuk kelas lewat kerana beliau ingin melatih pelajar supaya tepati masa kerana kebanyakkan pelajar di kelas Bahasa dalam Multimedia ini merupakan pelajar tahun akhir dan tidak lama lagi akan bergraduat dan seterusnya akan memasuki alam pekerjaan. Beliau juga selalu menasihati supaya tepati masa bahawa masa belajar inilah untuk melatih diri sendiri berdisiplin dan kelak apabila sudah mempunyai pekerjaan sikap berdisiplin itu dapat diaplikasikan.

Dr. Normaliza juga seorang yang lembut hati, terdapat pelajar yang masuk kelas lambat, mulanya beliau akan marah, aku selalu terfikir kalau masuk kelas lambat mesti kena halau dari kelas dan malu pun dapat tetapi tanggapan aku itu salah, Dr. Normaliza akan benarkan pelajar itu masuk kelas juga tetapi dengan syarat ahli kumpulannya menerima pelajar tersebut. Hal ini kerana jika salah seorang dari ahli kumpulan tidak hadir, markah kumpulan itu akan ditolak.

Di kelas ini berbagai-bagai perasaan yang timbul, ada gembira, stress dan sebagainya. Perasaan gembiranya apabila aku dapat melakukan sesuatu yang disuruhnya dan stress apabila kerja atau tugasan yang diberikan kena siap tepat pada masanya. Tapi aku merasa gembirala di kelas ini kerana kerja yang dibuat itu semuanya dalam kumpulan. Boleh saling tolong-menolong dan memberi pandangan.

Mengikuti kursus BBM 3410 ini aku dapat mempelajari banyak benda yang aku tidak tahu tentang multimedia. Aku mempelajari tentang laman web yang sebelum ini aku hanya tahu benda itu wujud tetapi tidak tahu apakah itu. Terdapat pelbagai jenis laman web seperti portal, berita, informasi, perniagaan/pemasaran, pendidikan, hiburan, perundangan, blog, wiki dan persendirian. Aku pelajari apakah itu multimedia, teknologi maklumat atau ICT, realiti maya dan etika maya dan sebagainya. Aku juga memperolehi pengetahuan tentang perkembangan penciptaan teknologi telefon iaitu dari zaman Alexander Graham Bell hinggalah sekarang. Dr. Normaliza memaparkannya dalam bentuk grafik dan aku dapat melihat bentuk telefon yang dicipta pada masa itu. Pada subjek realiti maya dan etika maya aku dapat tahu bahawa sebarang email yang di padam, email itu tidak akan terhapus atau hilang sepenuhnya kerana email itu berada di alam maya. Contohnya, jika seseorang itu membuat fitnah atau menyebarkan maklumat palsu, penghantar email itu akan dapat dikesan. Email itu akan berada di alam maya sekurang-kurangnya selama sebulan. Bagi sesiapa yang ingin membuat fitnah atau gosip kepada seseorang melalui email berhati-hatilah bahawa jejak anda itu akan boleh dikesan.

Di samping itu juga, dalam aktiviti berkumpulan aku mempelajari tentang asas grafik iaitu asas yang penting perlu ada dalam sesuatu multimedia seperti kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Asas ini merupakan komponen yang sangat penting. Kami dikehendaki mencari gambar dalam majalah atau buku yang mempunyai ciri-ciri asas grafik dan melekatkannya pada board yang bersaiz A4. Setiap ahli kumpulan menunjukkan komitmen masing-masing. Ada yang mencari gambar, ada yang mencari huruf dan juga ada yang tolong memotong. Dengan mengaplikasikan, aku merasakan lebih faham daripada duduk dan mendengar sahaja dalam bilik kuliah. Sekarang ini apabila aku melihat majalah aku akan melihat asas grafik yang ada pada majalah tersebut.

Terdapat juga aktiviti seperti membuat e-majalah. Kami dikehendaki memilih satu tema dan melukis pada kertas lukisan bersaiz A3. Kumpulan aku memilih tema buah-buahan tempatan. Setiap orang dibahagikan tugas masing-masing. Di sini boleh dilihat orang yang mempunyai bakat melukis atau tidak. Ada yang malu hendak menunjukkan lukisan sendiri. Akhirnya e-majalah ini dapat disiapkan juga walaupun tidak tepat pada masa yang ditetapkan.

Kami juga dikehendaki membuat karangan dengan menyelitkan unsur multimedia. Tajuk diberikan oleh Dr. Normaliza sendiri. Beliau ingin melihat bagaimana kami menggunakan ayat sendiri dalam menghuraikan tajuk-tajuk kecil yang di pecahkan tanpa mendapat bantuan daripada internet. Kerja ini pun kami dapat siapkan juga dengan jayanya dengan bantuan daripada ahli kumpulan. Selain itu, kami juga diberi tugasan melakar lakaran papan iklan besar yang selalu kita lihat di lebuhraya. Dr. Normaliza mahu kami membuat iklan barangan yang orang tidak pernah buat iklan besar di lebuhraya. Papan iklan ini mesti memaparkan perubahan yang dialami dan tiap-tiap gambar mesti mempunyai makna. Kumpulan aku telah memilih ‘botol air”. Setiap orang menunjukkan komitmen masing-masing dalam melakar botol air daripada bentuk yang lama kepada bentuk yang lebih moden.

Dr. Normaliza juga seorang yang amat kreatif, beliau telah memberi tugasan kepada kami atau setiap kumpulan mengambil gambar berdasarkan kepada peribahasa, simpulan bahasa, ibarat, kiasan dan sebagainya. Gambar yang diambil itu kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk power point dalam kelas. Aku berasa sangat geli hati melihat kaletah kawan-kawanku yang berbagai-bagai aksi. Seri begitu bersemangat apabila ingin menangkap gambar. Semua itu mengeratkan lagi ikatan antara kami ahli kumpulan. Gambar-gambar yang ditangkap itu boleh diabadikan sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Aku lihat kumpulan-kumpulan lain pun begitu bersemangat beraksi untuk mendapatkan gambar yang terbaik sampaikan aku dengar ada yang mengupah cameraman yang pandai menangkap gambar.


Aktiviti terakhir yang dibuat dalam kumpulan iaitu bakti siswa ke rumah anak-anak yatim. Kami dikehendaki pergi ke rumah anak-anak yatim ini sebagai sukarelawan dan membantu anak–anak yatim ini sama ada dari segi keewangan ataupun mengadakan program untuk mereka. Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi seumur hidupku. Kenangan dan pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Dr. Normaliza kerana memberikan aku kenangan ini. Kami dikehendaki atau boleh bergabung dengan kumpulan lain sekurang-kurangnya satu kumpulan sahaja. Kumpulan aku bergabung dengan kumpulan Persona Maya. Kami telah memilih rumah anak yatim Titian Kasih kelolaan Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kasih, Kuala Lumpur. Pada hari kejadian iaitu pada 22 Febuari 2009 pukul 7.30 pagi seperti yang dirancang tiga buah kereta telah bertolak ke tempat yang ditujui. Setibanya kami di sana kami di sambut dengan baik oleh kanak-kanak dengan pihak pengurusnya. Aktiviti yang dirancang semuanya berjalan dengan baik. Aku lihat kanak-kanak disitu begitu gembira sekali dengan kedatangan kami walaupun pada awalnya mereka kelihatan takut dan malu. Terdetik di hati aku bagaimana keadaan aku jika aku seperti mereka. Sayu dan sedih menimpa perasaanku. Aku pun dah hampir 3 bulan tidak bersua muka dengan keluargaku. Tapi aku kuatkan semangat demi mereka ini, akan ku buat mereka gembira hari itu. Hati aku begitu tersentuh apabila melihat seorang bayi lelaki yang ditinggalkan oleh ibunya yang tidak tahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Bayi itu dinamakan Abu Bakar. Aku berdoa semoga apabila bayi itu besar nanti dia akan menjadi seperti dengan maksud namanya dan berjaya hidup didunia dan akhirat. Aku melihat kanak-kanak itu begitu gembira sekali apabila mendapat hadiah daripada kami. Petang itu hujan mengiringi kami pulang ke kampus, terdetik di hati ini perasaan sedih untuk meninggalkan kanak-kanak di rumah anak yatim Titian Kasih ini. Aku berasa sangat gembira walaupun letih menyelubungi diri.

Seterusnya di kelas tutorial iaitu pada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Kelas ini dijalankan di makmal siber 2 sanggar bahasa Fakulti Bahasa Melayu dan Komunikasi. Aku merupakan kumpulan kedua. Setiap pelajar dibagikan sebuah komputer (pc). Aku mendapat pengetahuan dan kemahiran yang baru apabila berada di kelas amali ini. Kelas amali ini dibimbing oleh Cik Alia. Cik Alia sangat sporting dan banyak membantu pelajar.

Pada awal pembelajaran, kami dikehendaki membuat power point bertemakan atau bertajuk kepada isu semasa yang berlaku di dunia sekarang. Aku telah memilih tajuk “Denggi” memandangkan demam denggi sekarang sedang berleluasa merebaknya. Cik Alia menerangkan apa yang patut dibuat dan sebagainya. Aku mendapat tahu bagaimana hendak memasukkan bunyi atau lagu ke dalam slide power point. Sebelum ini aku hanya buat power point hanya dengan memasukkan gambar sahaja. Hal ini membuatkan aku lebih tertarik untuk melakukannya. Kami diberikan masa dua minggu untuk menyiapkannya. Tiba hari untuk persembahan power point, power point aku tidak mengalami sebarang masalah. Aku bersyukur sangat kerana terdapat rakan-rakanku yang mengalami masalah dan tidak dapat mempersembahkan power pointnya.

Seterusnya kami dikehendaki menyiapkan calendar 2009. Aku rasa tugasan ini amat menarik. Melakukannya hendaklah menggunakan adobe photoshop. Adobe Photoshop sebelum ini aku tidak tahu menggunakannya pun. Telah aku cuba banyak kali tetapi aku rasakan tidak menarik. Tetapi apabila ditunjuk ajar oleh Cik Alia bagaimana hendak menggunakannya aku merasa semakin minat. Banyak masa aku dihabiskan untuk menyiapkan calendar ini. Aku harap dengan usaha dan upaya aku ini aku dapat menghasilkan yang terbaik bagi diriku.

Selain itu, di kelas amali ini kami diberi tugasan merekabentuk “Website” berdasarkan papan cerita. Papan cerita ini mestilah berdasarkan tentang diri sendiri seperti asal usul, pendidikan, kegemaran, impian dan lain-lain lagi. Banyak masa aku juga dihabiskan untuk melakukan website ini. Kertas kerja aku terpaksa diabaikan sementara. Aku begitu bersemangat melakukannya tetapi aku merasa tertekan apabila timbul masalah dalam meletakkan latar belakang website tersebut. Apabila aku buka website lain gambar latar belakang tetap tidak berubah. Akhirnya aku pasrah, aku biarkan sahaja. Mungkin disebabkan virus yang menyerang laptop aku. Tetapi aku telah cuba sekali lagi akhirnya berjaya juga. Fikiran aku juga dah kembali tenang=). Ini adalah amali yang terakhir iaitu penghasilan “blog”. Blog ini mengenai tokoh iaitu bidang kemahirannya serta mestilah bergambar dengannya. Itu adalah syarat-syarat dalam membuat blog ini. Aku telah memilih Dr. Vijayaletchumy sebagai tokoh aku. Aku merasa amat tertekan dalam membuat blog ini kerana ini adalah kali pertama aku membuatnya. Aku berasa amat susah sangat pada awalnya tapi lama-kelamaa aku dapat juga melakukannya. Dapat di simpulkan bahawa dalam melakukan semua kerja amali ini memerlukan penelitian, ketekunan, kesabaran dan kemahiran yang mencukupi. Kalau tidak mempunyai ciri-ciri ini aku pun tidak tahu apa yang akan terjadi.

Secara kesimpulan, umumnya mengikuti kelas BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia aku memperoleh banyak maklumat dan pengetahuan yang baru di samping kenangan yang terindah tidak dapat dilupakan. Semoga ilmu dan kenangan ini akan terpahat di hati aku untuk selamanya. Terima kasih kepada Dr. Normaliza. Semoga beliau akan dilimpahi rahmat oleh-Nya dan terus berjaya.

MUTIARA KATA/HADIS&FALSAFAH




Bimbing Wanita Dengan Baik
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang amat unik. Kelihatan lemah kerana fizikalnya tetapi kelemahan itu menjadikan mereka istimewa. Di sebalik lemah fizikal itu, ramai yang punya semangat juang yang tinggi. Malah mereka juga selalunya jadi ‘orang di sebalik tabir’ kejayaan para suami.
Hayatilah pesan Rasulullah ini kerana inilah amanah yang dibebankan kepada kaum lelaki untuk membimbing wanita. Ini bukan bermakna wanita boleh diperlakukan sesuka hati oleh lelaki tetapi ini juga menunjukkan bahawa wanita dan laki saling bantu-membantu untuk memacu kejayaan.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.” (Riwayat Muslim)


Doa keikhlasan
“Ya Allah! Ssungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau pada hal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu hal) yang tidak aku ketahui.

Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya”.
Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

3 PERKARA Penyelamat & Pembinasa
Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.
Rasulullah bersabda bermaksud yang berikut:
“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri” (Hadis riwayat Abu Sheikh)

“Yang bernama pendekar bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. Tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah” (Sahih Muslim)


Hidup Berpendirian & Berprinsip
Hidup mesti berpendirian kerana itulah yang mencerminkan jati
diri kita sebagai seorang muslim. Pendirian dan prinsip yang betul
pula akan menjadi pedoman agar kehidupan tidak tersasar atau
tenggelam timbul dalam arus yang tidak menentu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian
dan berkata, saya dengan orang, jika mereka berbuat baik,
nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat,
nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang
berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat,
elakkanlah kejahatan mereka”.
(Riwayat at-Tarmizi)

Mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain, bermakna diri
menempah banyak ksusahan. Malah kadangkala lebih buruk
lagi apabila diri bakal dipandang serong, kerana demikianlah
tabiat masyarakat yang mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mengambil kira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Waspadalah dengan rakan yang buruk akhlaknya. Jangan mudah terpengaruh dengan orang keliling yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Yang lemah pendiriannya pasti mudah terpesong dan terpengaruh. Justeru berhati-hatilah.

“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

‘LURUSKAN HATI’ BINA KEPERIBADIAN

Hati adalah sumber pemikiran untuk menilai baik dan buruk, tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kakufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegoncangan. Atau dengan kata lain, hatilah yang jadi penentu keperibadian kita.
Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkan. Sebaliknya hati menjadi sumber bencana jika kita menodainya. Aktiviti badan sangat bergantung kepada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah Radiallaahu Anhu berkata, “Hati adalah raja’ sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu bagus, maka akan bagus pula tenternya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya,

UNTUK BAHAGIA ATAU CELAKA?

Daripada Abu Malik al-Asy’ari katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakannya” (Riwayat Muslim)

Thursday, April 2, 2009

GAMBAR KENANGAN


SUJILAYATI DENGAN DR. VIJAYALETCHUMI


GAMBAR KENANGAN BERSAMA DENGAN TOKOH YANG DISEGANI

BIDANG PENYELIAAN

Dr. Vijaya juga turut menyelia pelajar-pelajar yang membuat projek ilmiah, sarjana dan juga ph.d. berikut adalah senarai nama pelajar yang bernaung di bawah penyeliaannya.

Tesis/ Projek Ilmiah
-Badariyah bt. Abdul Sayuti 117549 “Analisis Majalah Mingguan Wanita: Satu Kajian Dalam Bentuk Frasa”. 06-Sem 2/05-06
-Lai Shiau Nee 115252 “Percampuran Kod Dalam Sistem Pesanan Ringkas (Sms) Menerusi Talifon Bimbit”. 06-Sem 2/05-06
-Noraniza bt. Ikhwan 117545 “Penguasaan Perkataan Kanak-kanak Prasekolah: Satu Kajian Kata Nama Daripada Aspek Leksis Di Klang”. 06-Sem 2/05-06
-Anitra a/p Soosai 80789 “Gangguan Bahasa Pertama Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Pelajar-pelajar Keturunan India”. 07-Sem 2/05-06

Tesis Sarjana
- Nasriah bt. Hafiz Amanullah GS 15454
Tajuk Tesis: Kesan Morfologi Dalam Penulisan Surat Kiriman Rasmi Agensi Kerajaan.
Status Penyeliaan: Pemeriksa Dalam
- Norizan bt. Che Su GS 10442
Tajuk Tesis: Kata Sapaan Bahasa Melayu Siam: Satu Kajian Sosiolinguistik
Status Penyeliaan: Pemeriksa Dalam
Kertas Ilmiah Sarjana
- Patarai b. Cholen GS 15080
Tajuk: Faktor Interlingual dan Intralingual dalam Bahasa Melayu Murid-murid Kadazan Dusun Sekolah Kebangsaan Minawo, Sabah
Status Penyeliaan: Pemeriksa
- Norhasmalinda bt. Mustafa GS 14356
Tajuk: Penggunaan Bahasa Verbal dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah
Status Penyeliaan: Penyelia
- Abd Ghani b. Mohd GS 15249
Tajuk: Analisis Kesilapan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar Tingkatan Satu.
Status Penyeliaan: Pemeriksa

Ph.D
- Alimah bt. Lob GS 15860
Tajuk Tesis: Sintaksis Bahasa Kanak-kanak Singapura
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan
- Arpah bt. Abdul Rasyid GS 15860
Tajuk Tesis: Analisis Penguasaan Morfologi Dalam Kalangan Pelajar Singapura dan Malaysia
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan
- Muhammad Saiful Haq b. Hussin
Tajuk Tesis: Amalan Psikolinguistik Dalam Memahami Bahan Bacaan Asas Bahasa Melayu Di Kalangan Murid-murid Tahun Satu
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan
- Mohd. Hasbi b. Haron
Tajuk Tesis: Terapi Bahasa Pertama Di Kalangan Pelajar Kritikal
Status Penyeliaan: AJK Penyeliaan

AKTIVITI KO-KURIKULUM





Dr. Vijaya juga turut aktif dalam bidang ko-kurikulum, belia menyertai persatuan dan pertubuhan-pertubuhan seperti:


Persatuan Linguistik Terapan Malaysia, Ahli

Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia, Ahli

Pertubuhan Disleksia Singapura, Ahli

Pertubuhan Sasterawan Kaum India di Malaysia, Ahli\

WorldRunners Association of Malaysia, Ahli Jawatankuasa

Selangor Masters Athletics Association, Timbalan Pengerusi

Pacesetters Athletics Club Malaysia, Ahli Jawatankuasa

PEMBENTANG PERSIDANGAN




Penceramah Jemputan- Pembentangan Kertas Kerja/ Forum/ Panel

1. Bengkel Bahasa Melayu untuk Guru-guru, pada 24 Jun 2006, Makmal Komputer Sekolah, SJK (T) Serdang
2. Jemputan sebagai penceramah Program Motivasi Pelajar-pelajar India, pada 8 Julai 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah.
3. Jemputan sebagai penceramah Program Motivasi Pelajar-pelajar India, pada 24 Ogos 2006, Dewan Sekolah Menengah Seri Serdang
4. Jemputan sebagai penceramah dalam bidang disleksia kepada pensyarah dan guru-guru, pada 7 dan 8 Februari 2007 di Institusi Perguruan Keningau

Pembentang

Peringkat Kebangsaan
1. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas 2004 "Kejayaan Kanak-kanak Berkeupayaan Khas: Perkongsian Bersama", pada 10-12 September 2004 di ESSET, UKM
Bengkel Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu, pada 14 Ogos 2004 di Hotel Residence UNITEN
2. Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu 1. "Teori Sindrom Disleksia dan Praktisnya dalam Kes Kanak-kanak Disleksia di Malaysia", pada 28 Mei 2005 di Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia
3. Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa. "Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu (Kajian Kes) ", Anjuran PERSIMA dan Jabatan Bahasa Melayu FBMK pada 24 Ogos 2006 di Dewan Persidangan Pusat Program Luar UPM
4. Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2. " Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa", Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Bahasa Melayu FBMK pada 9-10 September 2006 di Dewan Bahasa dan Pustaka

Peringkat Antarabangsa
1. Vijayaletchumy a/p Subramaniam (2006). "Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspekif Psikolinguistik". Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua, anjuran Jabatan Bahasa Melayu FBMK, Universiti Putra Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 24-25 Januari 2006, Dewan Persidangan PPL, Universiti Putra Malaysia
2. 4th Malaysian International Conference on Languages, Literatures and Cultures (MICOLLAC) . "Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: Satu Perbandingan Dapatan Kajian dengan Dapatan Steinberg (1993) pada 23-25 April 2005 di Holiday Villa, Subang
3. 10th International Conference on Translation. "Penterjemahan Mesin" pada 2-4 Ogos 2005 di Magellan, Kota Kinabalu, Sabah
4. Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiM05). "Disleksia Auditori dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu" pada 29-30 Ogos 2005 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
5. International Conference on Worlds in Discourse SoLLs.INTEC.05: Representations of Realities. "Teori Pembelajaran Bahasa: Satu Perspektif Aliran Mekanis " pada 21-23 November 2005 di National Universiti of Malaysia (UKM), Selangor
6. Persidangan Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Ke-2. "Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspektif Psikolinguistik" pada 24-25 Januari 2006 di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor
7. Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya. "Pemerolehan Bahasa- Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa Steinberg (1995) di Malaysia". Anjuran Pusat Kajian Bahasa dan Budaya Unika Atma Jaya pada 15-16 Februari di Universiti Atma Jaya, Jakarta
8. Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu III. "Kesedaran Masyarakat Malaysia Terhadap Disleksia: anjuran Jabatan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu UTN pada 15-16 Julai 2006 di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura

PERUNDING






Dr. Vijaya juga turut terlibat dalam dalam bengkel-bengkel sebagai fasilitator ataupun sebagai pembantu seperti:

  1. Penceramah, Bengkel : Disleksia Kepada Pensyarah dan Guru-guru IPKS.

Anjuran: Pusat Bahasa Institut Perguruan Keningau Sabah. 11 Febuari 2006.

  1. Fasilitator Bengkel : Pemurnian Kertas Projek

Anjuran Program Master Bahasa Melayu Pendidikan Jarak Jauh UPM. 25 Febuari 2007.

  1. Fasilitator Bengkel: Sentuhan dan Bengkel Penyelidikan Bahasa Anjuran Persatuan Psikologuistik Malaysia. 23-24 Ogos 2006
  2. Penceramah Bengkel: Motivasi

Anjuran: Sekolah Menengah Seri Serdang. 3 Julai2006.

  1. Guru (PPPS) di Sekolah Menengah Mahmud, Raub, Pahang (1998)
  2. Tutor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (1998)
  3. Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (sehingga sekarang)

Tuesday, March 31, 2009

PENERBITAN





Sebagai Tokoh yang juga bertugas sebagai pensyarah dan juga seorang atlit, Dr, Vijaya juga menghasilkan beberapa buah buku, kertas kerja dan juga jurnal antaranya ialah:

1. JURNAL
a. Rujukan
i. Vijayaletchumy Subramaniam (2002). “Masalah Penggunaan Kata Nama di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah”. Jurnal Bahasa, Jilid 44, Bil. 1: 50-66, Januari 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii. Vijayaletchumy Subramaniam (2004). “Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu”. Jurnal Bahasa Jilid 4. Bil. 4, Disember 2004, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

iii. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). “Pemerolehan Bahasa di kalangan Kanak-kanak Melayu Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa oleh Steinberg”. Jurnal Bahasa, Jilid 5, Bil. 2: 112-113, Jun 2005, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

iv. Tuan Haji Mohd Amin Arshad & Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-Kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa”. Jurnal Bahasa, Jilid 44, Bil. 1: 50-66, Disember 2006, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Bab (BUKU)
1. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). “Penterjemahan Mesin” Dalam Abdullah Hassan dan Low Kak On. Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (hlm. 236-244).


2. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Kesedaran Masyarakat Malaysia terhadap Disleksia”: Dalam Bahasa Memeluk Akar Menyuluh Ke langit”. Penerbit Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Hlm. 473-489.

3. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: Perspektif Psikolinguistik”. Dalam Ujaran Minda Jilid 2. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd. hlm. 75-89.

3. Laporan persidangan yang telah dicetak

1. Vijayaletchumy Subramaniam (2004). Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu, Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas (hlm. 183-202). Selangor: penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


2. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Disleksia Visual dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiMo5) jilid 2 (hlm. 297-318). Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


3. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Penterjemahan Mesin, Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa. Hlm.236-244. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.


4. Vijayaletchumy Subramaniam (2005). Teori Pembelajaran Bahasa: Satu Perspektif Aliran Mekanis. Prosiding International Conference on Worlds in Discourse: Representation of Realities, National University Of Malaysia (UKM). Jilid 2 (hlm. 297-318). Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Disleksia dan Konteks Bahasa: Perspektif Psikolinguistik”. Prosiding Persidangan Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu ke-2. Jilid 2, hlm. 252-276. Selangor: Penerbit Sasbadi Sdn.Bhd.

6. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Pemerolehan Bahasa- Berasaskan Teori Pemerolehan Bahasa oleh Steinberg (1995) di Malaysia”. Prosiding Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya: Jilid 1. hlm. 133-136.

7. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Disleksia Dalam Aspek bacaan Bahasa Melayu (kajian kes)”. Prosiding Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa. Jilid 1. hlm. 71-72. Penerbit Jabatan Bahasa Melayu, FBMK.

8. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa”. Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu. Jilid 1. hlm, 1-13. Penerbit Sasbadi.

9. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Bahasa Verbal dalam Kalangan Kanak-kanak Disleksia”. Prosiding Seminar Kebangsaan Bahasa Verbal dan Bukan Verbal dari Perspektif Bahasa, Terjemahan dan Komunikasi. Jilid 1. hlm 1-7. Penerbit Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

4. Penulisan Popular- Majalah dan Akhbar

1. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Gaya Bahasa Dalam Novel”. Pelita Bahasa, Jun Jilid 18: hlm. 26-28.
2. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Penyalahgunaan Bahasa Melayu”. Dewan Bahasa, Jun Jilid 6: hlm. 30-32.
3. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Gaya Bahasa Dalam Konserto Terakhir”. Pelita Bahasa, Ogos Jilid 16: hlm. 34-35
4. Vijayaletchumy Subramaniam (2006). “Kesediaan Belajar”. Dewan Bahasa, Disembaer Jilid 6: hlm. 30-34.

PENYELIDIKAN

Berikut adalah penyelidikan yang dibuat oleh Dr.Vijaya:


Kebangsaan
1. Perisian Fonik Tutor untuk ketidakbolehbacaan Sifar”
(PERSIMA) 2006 RM 223, 563.00.
Status: Pembantu Penyelidik

Universiti
1. “Perisian Fonik Tutor untuk Murid-murid Disleksia Visual”
Dana Skim Lantikan Pensyarah Baru UPM RM 9000
Status: Penyelidik
-2. Asimilasi Nilai Murni Orang Melayu dalam KehidupanMasyarakat ‘Chitty di Malaysia
Dana fakulti 2006 RM 3000
Status: Penyelidik

Penyelidikan yang lengkap
1. Kod Penyelidikan FBMK/0501-JBM06
Tajuk: Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa.
(FBMK Research Grant $3000. Bermula Julai 2005

TUGAS-TUGAS LAIN



Selain menjadi pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Dr. Vijaya juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain antaranya ialah:

1. AJK-kempen Anti Merokok Peringkat kebangsaan (UPM).
2. Timbalan Pengerusi – Kelab Kebajikan FBMK, UPM
3. Jawatankuasa – Badan KPI FBMK, UPM
4. Jawatankuasa ISO 9001-2000, FBMK, UPM.
5. Pembantu Pengawas – Peperiksaan Pertengahan Semester Kedua 2005/2006
6. Penggubal Prosedur Pengambilan Pelajar Baharu Program Bacelor Kes E ISO 9001:2000, FBMK, UPM.
7. Meyunting Buku Laporan 2004, FBMK, UPM.
8. Mengemaskini Buku Laporan Tahunan 2004, FBMH, UPM.
9. Ahli Jawatankuasa – Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-21, 18 Mac 2006, Panggung Percubaan PKKSSAAS, UPM.
10. Ahli Jawatankuasa – Mensyuarat Agung Tahunan Yang Ke 19 Persatuan Wanita UPM (PERMATA), 24 Mac 2006, Dewan Pusat Pendidikan Luar UPM.
11. Ahli Jawatankuasa – Wacana Ilmiah, 12 April 2006, Bilik Seri Amar, FBMK, UPM.
12. Ahli Jawatankuasa- Ceramah Khas Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), 21 April 2006, Bilik Seri Amar , FBMK, UPM.
13. Ahli Jawatankuasa Kokurikulum Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, 15 Jun 2006, Bilik Seri Amar, FBMK, UPM.
14. Ketua Buku Cenderamata dan Hadiah – Pesidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua, FBMK, UPM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 24-25 Januari 2006, Dewan Persidangan PPL, UPM.
15. Ketua Jawatankuasa Kecil Pendaftaran Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu II, 13 September 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka dan FBMK.
16. Jawatankuasa Panganjuran Sukan Integrasi dan 2006/2007, FBMK.
17. Jawatankuasa Pakej Minor Interpretasi dan Terjemahan, FBMK.
18. Jawatankuasa Penyiasat Insiden di Kafeteria Kolej 12, 14, 15 dan 16 UPM pada 17hb Julai 2006.
19. Pegawai Akademik – Ekspo Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2006, Dewan Tun Abdul Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL 28-30 Ogos 2006.
20. Ketua Jawatankuasa Kecil Pendaftaran Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu II, 13 September 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka dan FBMK.
21. Jawatankuasa Penganjuran Sukan Integrasi 2006/2007, UPM
22. Jawatankuasa Pakej Minor Interpretasi dan Terjemahan, FBMK.
23. Ketua Jawatankuasa Pendaftaran Seminar dan Bengkel Penyelidikan Bahasa 2006, pada 23-24 Ogos 2006, Dewan Persidangan Pusat Program Luar, UPM.
24.Ketua Jawatankuasa Pendaftaran Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2 2006, pada 7-8 September 2006, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.

ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN






Dr Vijaya juga turut aktif dalam bidang sukan, berikut adalah anugerah yang pernah dimenanginya

1. Kejohanan Sukan Staf IPTA Malaysia 2005. 14-21 Mei 2005
Pingat: 3 emas

2. 19th Malaysian Open Masters Athletics Championship. 29 April-1 Mei 2005
Pingat: 5 emas Berjalan Kaki
Tempat ke-6: Road Race

3. Malaysian Masters Athletics Association (MMAA). 2-3 Oktober 2004. Tempat Pertama

4. 14th Asia Mastera Athletics Championships. 14-19 November 2006
Pingat: 1500m (Pingat Perak)
5000m (Pingat Gangsa)

5. Larian Rainforest. Hutan Simpanan UPM. Tempat Kedua. FBMK. 28/04/2005

6. Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2005. Bukit Jalil. 3000m (emas) 1500m (emas) 4x400m (emas) 15/05/2005. UPM

7. Brunei Master Athletics Open Championship 2005. Stadium Hasanal Bolkiah, Berakas. 800m (emas) 1500m (emas) 5000m (emas) 4x400m (perak) MALAYSIA 6th -7th /08/05

8. Kejohanan Staf Antara Universiti Malaysia yang ke-31 2006. Universiti Putra Malaysia. 3000m, 1500m, 4x400m (emas), UPM. 28.5.2006

9. 1st National Open Masters Athletics Championships. Stadium MSN Bukit Jalil. 1500m, 4x400m (emas). UPM 13/8/2006

10. Sukan Staf Antara Universiti Malaysia yang ke-32. Universiti Malaysia Perlis. 1500m, 3000m, 400m (emas), UPM 27/5/2007

11. 21st MALAYSIAN OPEN MASTERS ATHLETICS ASSOCIATION CHAMPIONSHIPS. MSN STADIUM, BUKIT JALIL. 1500m, 3000m (emas), 400m (gangsa). Malaysia. 7/7/2007

12. Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-33. Stadium Negeri Sarawak. 800m, 1500m, 3000m (emas) 15-16/6/2008. UPM

Monday, March 30, 2009

AKADEMIK TOKOHKU

Berikut adalah berkaitan dengan akademik tokoh berikut:

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Sijil Rendah Pelajaran
  2. Sijil Pelajaran Malaysia
  3. Sijil Perguruan Malaysia
  4. Ijazah Bacelor (Bahasa dan Linguistik Melayu) (FBMK : 1995/1998) Universiti Putra Malaysia, Serdang
  5. Ijazah Sarjana (Bahasa Melayu) (FBMK : 1998/2000) Universiti Putra Malaysia, Serdang
  6. Ijazah Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) (FBMK : 2000/2004) Universiti Putra Malaysia, Serdang
  7. Pengkhususan : Linguistik Terapan dan Psikolinguistik

PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA

  1. Guru (PPPS) di Sekolah Menengah Mahmud, Raub, Pahang (1998)
  2. Tutor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM (1998)
  3. Pensyarah di Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, sehingga kini.

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK/KERJAYA

  1. Anugerah Hadiah Terbaik Pendidikan Moral
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang (JPS)
  3. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2005: UPM
  4. Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi 2006 (PRPI). Pingat Gangsa.
  5. Penilaian Pengajaran (UPM)

Semester Pertama 2004/2005

BBM 3405 : Peristilahan 4.846 (Sangat Baik)

Semester Kedua 2004/2005

BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan 4.907 (Sangat Baik)

Semester Kedua 2004/2005

BBM 5401 : Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa 4.812 (Sangat Baik)


Semester Pertama 2005/2006

BBM 5401 : Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa. 4.53 (Cemerlang)

Semester Pertama 2005/2006

BBM 3405 : Peristilahan 4.94 (Cemerlang)

Semester Kedua 2005/2006

BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan 4.96 (Cemerlang)


Semester Pertama 2006/2007

BBM 3405 : Peristilahan 4.95 (Cemerlang)

Semester Kedua 2006/2007

BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan 4.64 (Cemerlang)


Semester Pertama 2007/2008

BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan 4.91 (Cemerlang)

Semester Pertama 2007/2008

BBM 3405 : Peristilahan 4.87 (Cemerlang)

Semester Kedua 2007/2008

BBM 3209 : Pengantar Penterjemahan 4.93 (Cemerlang)


Semester Pertama 2008/2009

BBM 3405 : Peristilahan 4.98 (Cemerlang)

KENALI TOKOH


Nama : VIJAYALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM

Tarikh Lahir : 15 Julai 1968

No. Kad Pengenalan : 680715-10-6776

Tempat Lahir : Serdang Selangor

Alamat Rumah : 1970 Jalan 18/41 Taman Seri Serdang, 43400 Seri Kembangan, Selangor.

No. Telefon : 03-89468769, 012-3296215

e-mail : letchumy@fbmk.upm.edu.my

Jawatan Sekarang : Pensyarah Kanan (DS 52)

Tarikh Lantikan : 2 Februari 1993

Tarikh Pengesahan : 15 Julai 1995

Tarikh PTK : PTK 3 : 6-14 Jun 2005 (Lulus Aras IV)

PTK 4 : 2006 (Lulus Aras IV)

PTK 5 : 26-4 Dis 2007 (Lulus Aras IV)

Alamat Pejabat : Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang.

Thursday, March 26, 2009

TENTANG DIRIKU




Namaku SITI SYAHIDA ELANI BT AZIZAN,

Dipanggil SYAHIDA, SYEDA, IDA, KAK IDA, DIK DA ataupun ELANI.

Dilahirkan di kawasan yang kaya dengan getah iaitu di FELDA LUBOK MERBAU pada 17 DISEMBER 1986 pada pukul 8.35 p.m.

Berzodiak SAGITTARIUS.

Aku merupakan anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Dalam keluarga aku hanya 2 orang saja lelaki iaitu ayah dan adikku yang ketiga manakala yang lain semuanya perempuan.

Aku tinggal di F 53 JALAN SEKOLAH FELDA LUBOK MERBAU, 06710 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN berserta dengan atuk dan nenek ku. Datuk dan nenek aku merupakan peneroka yang tinggal di situ dan aku merupakan generasi yang ketiga selepas emak aku.

Berbangsa MELAYU dan berwarganegara MALAYSIA,

Beragama ISLAM dan berstatus masih BUJANG =)

Sekarang aku menetap sementara di 4-007 BLOK TUAH di KOLEJ TUN PERAK, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Aku sedang mengikuti kursus BA (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan sekarang berada di semester akhir...mudah-mudahan akan tamat dengan jayanya=)